Cerita Lain



Fenomena Transit Zuhrah (Venus)



Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun 2012

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari. 


Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari menerusi penggunaan penuras matahari. 


Di Malaysia, ia akan mula kelihatan ketika matahari terbit pada jam 6:09 pagi, pada 6 Jun 2012, akan berakhir jam 12:50 tengah hari.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 dan transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2117.

Planet Zuhrah adalah planet kedua dari matahari dalam sistem suria kita.

Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja.

Zuhrah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain.

Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit zuhrah berlaku kerana matahari telah terbit sebelum transit bermula manakala penduduk di semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan transit Zuhrah apabila matahari terbit.
GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004


Sumber : http://cthoney.blogspot.com/2012/05/fenomena-transit-zuhrah-pada-6-jun-2012.html



Saat Terakhir Arwah Bob Kuman




Ikutilah kisah tragik ini...


"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarang
respon positif. 


Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.


Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.


"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata bersedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.


Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.

Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. 


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.


Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.


Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah  keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, jam 10 pagi esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam," lapor Azayusrin.

Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah.

Al-Fatihah!




Bob Kuman Meninggal Dunia


Bob Kuman meninggal dunia

Petang semalam, Pelakon dan pelawak Bob Kuman yang telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi dan telah disahkan oleh kakitangan ambulan Hospital Sungai Buloh sendiri.


Berikut pula kenyataan yang telah ditulis oleh Mazidul Akmal.

Ketika tiba di rumah arwah padan jam 4.30 petang , jururawat peribadi arwah , Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR dan kemudian dimaklumkan kepada saya .

" Berapa minit buat CPR ? " , soal saya .

" Lebih kurang 20 minit bang , " balasnya .

Beberapa minit kemudian , dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan
mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian .

" Tiada nadi dan nafas , anak mata sudah membesar , " ujar kakitangan hospital
tertbabit .

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya .

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan .

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman , Zed Zaidi .

Semalam jenazah diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah ,
C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Al-Fatihah.





2011 Honda CBR 150RR, specifications, reviews, pictures






2011 Honda CBR 150RR Motorcycle Sportbike, Engine, transmission, chassis, suspension, pictures, specifications and reviews

2011 Honda CBR 150RR Specifications:
Engine and transmission
Engine type : 1 cylinders, 4-stroke, Single
Displacement : 149 cc (9.1 cubic inches)
Bore × stroke : 63.5 mm × 47.2 mm (oversquare – shortstroke)
Cooling system : Water cooled
Throttle : Cable operated
Valve train : DOHC, variable
Valves per cylinder : 4
Sparks per cylinder : 1
Fuel supply system : Fuel injection
Ignition type : Digital CDI
Compression : 11:1
Lubrication system : Wet sump
Gear box : Manual 6-speed
Clutch : Wet, multiple discs, cable operated
Final drive : hain
Spark plug pipe type: NGK, CR8E
Starter : Electric
Chassis and suspension
Frame type : steel, twin spar
Front Suspension : Cartridge
Front Brake : Single Disk, Ø276 mm
Front Tire : 80 / 90 R17
Rear Suspension : mono shock, Swingarm
Rear Brake : Disk, Ø220 mm
Rear Tire : 100 / 80 R17

Source :  http://www.motorcyclefamous.com/




Honda CBR 150  vs  Yamaha R15  vs  Suzuki FXR 150





Skandal Shafie Apdhal dan Zahida Rafik
Pemandu Peribadi dedahkan Shafie Apdal Bayar RM100K setiap kali jumpa Zahida Rafik

KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu. Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.


Datuk Shafie Apdhal


Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.



“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. “Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. “Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. “Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.


Zahida Rafik


“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. “Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. “Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.



“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya. Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu. “Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.



Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz di Twitter


Sekadar ingin memetik wawancara dari Portal GUA & Astro Awani yang melaporkan bahawa Zed Zaidi tak puas hati dengan kemenangan Aaron Aziz di Twtternya. Jom kita ikuti apa kata Zed Zaidi.















Zed Zaidi

Diangkat sebagai Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular 2011, kemenangan hero filem Ombak Rindu bagaimanapun dipertikaikan. Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi meluahkan perasaan tidak puas hatinya menerusi akaun Twitter miliknya.


Zed Zaidi dalam Twitternya menyatakan…“lebih berbangga jika rakyat Malaysia yang menang.” Dia juga menyifatkan pemilihan Aaron sebagai Bintang Paling Popular sebagai merosakkan industri seni negara.

zed zaidi twitter

Tidak berniat untuk menyerang kemenangan Aaron secara individu, Zed menyifatkan pandangannya mewakili artis Malaysia.

“Dia memang deserved untuk dapat benda tu, dia memang layak. Tapi bila dia menafikan hak artis Malaysia, bagi saya itu yang saya tidak bersetuju. Maksud saya, kalau kita bandingkan dengan Festival Filem Malaysia, salah satu syarat untuk menyertai festival itu ialah peserta perlu memegang hak kewarganegaraan dan memiliki MyKad dan bukannya sesiapa saja dari luar negara.” tegasnya sewaktu diwawancara menerusi telefon di Astro AWANI malam tadi.

Zed tidak menolak populariti dan bakat Aaron, namun berharap individu yang diangkat sebagai pemenang itu sepatutnya rakyat Malaysia.

“Saya tahu dia ada mohon kerakyatan Malaysia, tapi dia dah dapat ke belum? Masalahnya janganlah bangga sangat dengan ID Singapore dia. Dia bukan orang Malaysia lagi. Bagi saya, dia dianggap orang luar sebab tidak ada MyKad.” tambah Zed Zaidi yang agak terkilan dengan pilihan rakyat Malaysia.

Persoalan yang paling utama, mengapa pertikaian tersebut dilakukan hanya selepas Aaron memenangi trofi utama tersebut dan bukannya sebelum pencalonan dibuat? - Portal GUA

Budiey ingin memetik kata-kata luahan kawan-kawan di twitter @budiey: “Dia mewarnai filem kita dgn bakat mereka. Mereka pun ada hak utk dihargai. Kenape tak bangkitkan M. Nasir dapat pangkat datuk padahal dia penduduk tetap je..Ada bran? Kemenangan Aaron tu cabaran buat yg lain”

Apa pendapat anda dengan kemenangan Aaron Aziz ini?

Pada malam yang hangat ini juga, Budiey baca blog Zed Zaidi yang mana Zed ada menulis tentang pendapat terus terang dan berani beliau tentang isu ini bertajuk:
HEBAT SANGAT KE ARTIS LUAR NI?
Assalamualaikum kepada semua… wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. “AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT” dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip ” WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN ” dan ” KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! “.

Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm…

Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni… aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm… kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM… DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la… kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm… susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat…. pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii… macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah… cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je… lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!! – dipetik dari Blog Zed Zaidi


















KOMEN AARON AZIZ:
Sementara itu, Portal Mstar telah menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan komen beliau. Nak tahu apa kata Aaron?

Zed Zaidi dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura. Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,”

Tambah Aaron, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.
“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.
“Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul dengan beberapa buah tangan terbaru untuk para peminatnya iaitu filem KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon serta drama bersiri Adam dan Hawa untuk Astro Prima.

Selain itu, Aaron memberitahu pada bulan Jun depan dia bakal berangkat ke Brunei bagi menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikat produksi negara itu dan juga dipilih oleh KRU Studios untuk terlibat dalam Cicakman 3.

Tahun ini adalah cukup sibuk untuk saya kerana banyak projek yang perlu dilunaskan dan ini semuanya rezeki daripada Allah untuk saya dan keluarga,” katanya.

Budiey menerima banyak sekali respon daripada pembaca & #budieyators. Kebanyakan daripada mereka menggaggap tindakan Zed Zaidi tak wajar. Antaranya, Budiey ada menerima emel daripada seorang pembaca. Nah, di sini Budiey ingin siarkan komen pembaca ini.
Salam Abg Budiey,
Saya ingin menyatakan pendapat dan komen yang telah dibuat oleh Zed Zaidi di Blognya. Bukan nak menjatuhkan sesiapa tetapi apa yang dinyatakan beliau amatlah mendukacitakan semua dan saya rasa pihak artis tanahair juga.
Zed juga tidak setanding Aaron Aziz jika nak dibandingkan. Mutu lakonan tak pernah meningkat pun di tahap itu saja. Zed patut melihat diri sendiri sebelum memberi komen yang sebegitu seperti menjatuhkan maruah orang lain. Tujuan Zed memang baik untuk menjadi wakil artis Malaysia.
Tapi tindakan beliau seperti hendak menutup periuk nasi orang lain. Rezeki ada di mana sahaja. Tidak kira kita orang Malaysia, Singapura atau Indonesia. Kalau kit memberi yang terbaik yang terbaik jugaklah dari peminat. Sebagai bakal pemimpin (katanya), beliau tidak seharusnya memberi komen begitu. Seorang pemimpin yang baik tidak akan menjatuhkan maruah atau kebolehan orang lain. Zed sepatutnya memberi komen yang memberangsangkan di mana boleh menjadikan kejayaan Aaron Aziz sebagai semangat dan pemangkin kepada artis lain supaya lebih bekerja keras, menjaga disiplin kerja serta profesional dalam melakukan kerja sebagai seorang artis.
Apa yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz boleh menjadi contoh kepada artis yang lain di mana Aaron bekerja keras untuk naik ke tahap ini bukan mudah baginya untuk mengecapi apa yg dia kecapi sekarang. Sanggup berkorban berulang alik dari Singapura ke KL untuk mencari rezeki kepada keluarga. Pengorbanannya dan berkat kesabarannya Aaron dan keluarga, inilah yang mereka dapat.
Bukan senang menjadi seorang yang bernama Aaron Aziz. Bukan Aaron masuk Malaysia terus Popular. Dulu kita tidak kenal siapa jejaka ini. Drama pertama yg saya tonton adalah Janji Diana Series (Skop Production). Peminat sekarang sudah bijak memilih siapa artis yang terbaik. Ini adalah hak peminat untuk memilih siapa yang lebih popular. Pilihan di tangan peminat bukan juri professional. Zed Zaidi kena faham perbezaan Anugerah Bintang Popular dengan Festival Filem Malaysia. Namapun Festival Malaysia mestilah untuk orang Malaysia sahaja.
Anugerah Bintang Popular untuk peminat memilih siapa artis yang paling popular untuk peminat. Alahai Zed Zaidi…. inipun tak faham macam mana nak jadi pemimpin kelak. Minta Harun Salam Bachik (Presiden Seniman) buat sesuatu kepada Zed Zaidi. Terlalu lancang dari Presiden. Memamg kita ada hak untuk bersuara tetapi sampai dah nak menutup periuk nasi orang ni ada cerita nya plak. Sehingga keluar tentang imigresen plak.
Saya harap Abg Budiey dapat keluarkan Komen saya ini, supaya orang lain faham tentang situasi ini dan Zed Zaidi selepas ini berfikir dahulu sebelum menyeluarkan sebarang artikel/kenyataan yang kurang matang dan boleh menjatuhkan orang lain. Harap Zed Zaidi dapat memperbaiki dirinya dahulu sebelum bertanding untuk menjadi pemimpin dan beliau tidak layak menjadi seorang pemimpin. Pemimpin bukan untuk mengkritik tetapi membina untuk menjadi yang terbaik.

Semoga isu ini menjadi iktibar buat kita semua.... Peace No War!




Indon Sengal – Mak Kahwin Anak Kandung Sendiri!



KUALA LUMPUR – Tidak tahu hendak mula di mana tapi penulis sendiri ada rasa hendak muntah sepanjang menonton dan mendengar klip orang gila di Indonesia yang mana seorang ibu sanggup kahwin dengan anak lelakinya sendiri.
Pengakuan itu dirakamkan dalam program d’show di negara itu.
Sudah la ibu dan anak itu gila, di kalangan penonton ada yang bertudung dan bersorak-sorak seolah-olah apa yang mereka saksikan itu macam tidak ada apa-apa serta satu bentuk hiburan.
Benda gila itu boleh pula dibincangkan seperti satu benda ilmiah.
Memang sah sengal. Perempuan tua gila itu siap ada sebut Alhamdulillah lagi (minit 2.01). Mereka juga berkata bersama ketika anak-anak lain sudah tidur.
Yang paling tidak masuk akal bila perempuan tua gila itu berkata;  “yang penting saya nggak berzina sama org, sama anak sendiri”.
Penulis melihat perempuan tua itu sebagai mengambil kesempatan pada anaknya sendiri. Anaknya berkata dia menolak hubungan itu tetapi dipaksa ibunya.
Apa pun, jijiknya perangai kedua-dua Indon ni.  Penulis harap benda seperti ini jangan sama sekali dijadikan ikutan. Tolonglah.
Dan…patut direjam sahaja dua beranak gila ini bukan!

Sumber dipetik dari http://mynewshub.my




Jumpa Batu Emas Di Johor??


Berkilogram Batu Hablur Emas Dijumpai di Johor | Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen. Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.
Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.
Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin. Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.
Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen. Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.
“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itusudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000. Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas. “Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan. Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin. Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.
Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar. Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit. Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.
Melayukini.net – Dengar khabar angin dalam satu catatan sejarah (macam peta harta karun juga), tanah Melayu merupakan tempat simpanan emas yang paling besar di dunia. Bukankah tempat kita pernah dipanggil Semenanjung Emas? Tetapi simpanan emas ini masih la terkubur di bawah tanah. Bilakah kita akan ketemunya? Mungkin ada hikmah Allah masih lagi tidak memberi kita nikmat emas ni. Takut kita semua leka. Wallahualam



Kaka Bakal Masuk Islam ???


Tadi masa tengah blogwalking terjumpa satu post menarik dari blog jiran lain.Tajuknya amat menarik perhatian iaitu mengenai pemain brazil dan juga read madrid, Kaka menjalani suatu majlis pengenalan islam.Berikut adalah petikan dari blog tersebut :

Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..


Alhamdulillah..aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar. Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih. Mungkin kaka telah memeluk agama islam. Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti Karim Benzema, Nuri sahin, Hamid Altintop, Mesut Ozil dan  Sami Khedira. Aku tahu sikit-sikit jer tentang depa nih sebab aku tak minat dengan pasukan nih. Maklumlah pasukan nih merupakan musuh utama pasukan kegemaran aku Barcelona..Di sini aku sertakan link facebook pak arab yang mengatakan pengislaman Kaka nih..(Klik Sini)